Lif terhempas: tindakan segera diambil - Utusan Malaysia

Lif terhempas: tindakan segera diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Satu perbincangan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pihak kontraktor akan dijalankan berhubung kerja menyelenggara kira-kira 500 lif di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan segera akan diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Katanya, mengikut rekod di pangsapuri berkenaan mendapati lif tersebut diselenggara secara berkala.

“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan siasatan daripada pihak kontraktor dan bomba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak dapat dipastikan apakah punca kejadian lif ini terhempas… Kita perlu periksa dahulu, ” katanya ketika ditemui pemberita di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki, empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki manakala seorang tidak mengalami kecederaan. Tambah Nor Hisham, setakat petang, lima mangsa masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala tiga lagi mangsa dibenarkan pulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×