PUTRAJAYA 2 Ogos – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand hari ini. Warga Malaysia yang menetap dan sedang bercuti di Thailand terus diingatkan supaya berhati-hati susulan kejadian itu. Wisma Putra dalam kenyataannya turut menasihatkan rakyat Malaysia di sana untuk terus mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. “Rakyat Malaysia adalah digalakkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ketika…










