LONDON – Sejenis lembu katik di Ladang Lembah Chater di Pilton, Somerset telah mendapat gelaran lembu paling kecil di Eropah. Dengan ketinggian 105 sentimeter, baka jenis Hereford katik itu menjadi kebanggaan penternak Malcolm Gough, 66, dan isterinya, Lesley, 54, yang membiakkannya di ladang tersebut sejak 10 tahun lalu. “Sebab utama kami memilih untuk membiakkan lembu baka ini adalah kerana ladang kami kecil, hanya seluas 16 hektar. Cukup besar untuk membina…










