Lelaki pesan minuman sebelum terjun bangunan - Utusan Malaysia

Lelaki pesan minuman sebelum terjun bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Seorang lelaki dari negeri Massachusetts mati selepas terjun dari sebuah bar di atas bumbung sebuah hotel di Midtown di sini selepas memesan minuman yang tidak disentuhnya, kata polis dan saksi kelmarin.

Menurut akhbar New York Daily News, lelaki berusia 21 tahun itu menanggalkan begnya dan terjun dari Harry’s Rooftop Bar yang terletak di Hotel Roger Smith setinggi 16 tingkat di Lexington Ave. at 47th St. di sini kata polis.

Dia terjatuh hingga 12 tingkat ke bawah sebelum mendarat di atas bumbung sebuah bangunan apartmen yang bersambung dengan hotel itu. Impaknya begitu kuat sehingga ia membangunkan penghuni yang sedang tidur, kata saksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia duduk di bar, memesan minuman dan kemudian terjun,” kata kakitangan hotel tersebut.

“Dia tidak minum pun air yang dipesannya,” tambahnya.

Tambah kakitangan itu: “Dia tidak menginap di hotel ini. Dia datang ke sini luar.”

Seorang saksi menggambarkan keadaan mengerikan itu: “Mayatnya hancur. Separuh daripada mukanya hilang.”

Pihak polis tidak mendedahkan nama lelaki itu kerana keluarganya masih belum dimaklumkan mengenai kematiannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini