IPOH 1 Ogos – Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM100,000 bagi mendapatkan projek melombong pasir sekitar negeri Perak, empat tahun lalu. Tertuduh, Abdul Munif Ali, 52, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM10,000 daripada Rashid…










