KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seorang lelaki nyaris maut selepas lori muatan simen yang dipandunya terbalik dalam kejadian di Jalan Semenyih, Sungai Lalang dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 petang itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit. Berikutan kejadian itu, satu panggilan kecemasan melalui talian Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor seterusnya menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.…










