KUALA LUMPUR – Lapan cedera termasuk seorang patah kaki apabila sebuah lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi kira-kira pukul 3 petang tadi. Difahamkan sebelum kejadian terdapat 10 penghuni PPR itu menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah tanah dan berhenti di tingkat lima apabila seorang daripada mereka keluar, sebelum lif itu tiba-tiba gagal berfungsi dan terhempas. Kesemua yang…










