SELEPAS hampir tiga dekad menjadi kontraktor awam, lelaki berusia 62 tahun itu mengambil keputusan untuk bersara awal. Datuk Abdul Razak Ali memilih untuk berhijrah dari ibu kota ke Kuala Linggi, Melaka bagi menceburi bidang yang sangat asing bagi dirinya iaitu pertanian. Di atas tanah seluas dua hektar, Abdul Razak mula berjinak-jinak dengan pertanian menerusi penanaman pokok buah naga pada tahun 2013. Langit cerah yang diharapkan tidak berlaku, apabila harga buah…










