REMBAU 31 Ogos – UMNO menyangkal dakwaan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Pas tidak akan bertahan lama sama seperti yang pernah berlaku apabila parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1973. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama yang hendak dilakukan kali ini adalah berasaskan kepada agama dan mempertahankan kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Katanya, penyertaan Pas dalam BN pada 1973 tidak mampu…