Kemalangan kecil di set penggambaran, kepala Elyana berjahit - Utusan Malaysia

Kemalangan kecil di set penggambaran, kepala Elyana berjahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Elyana terpaksa menerima jahitan pada bahagian kepala selepas mengalami kecederaan kecil ketika menjalani penggambaran telemovie Aneh malam semalam.

Perkara itu dikongsikan Elyana, 32, menerusi Instagramnya sebentar tadi sambil berkongsi video ketika dia mendapatkan rawatan jahitan pada kepalanya.

“Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu lagi, dia sanggup menerima tawaran berlakon kerana memenuhi permintaan peminatnya.

“Disebabkan semua teringin sangat tengok saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan kalian. Jangan lupa saksikan cerita Aneh yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini