ISKANDAR PUTERI 27 Ogos – Kebakaran di Jalan Tanjung Adang, Kampung Pekajang, Gelang Patah dekat sini sejak seminggu lalu sudah pun berjaya dipadamkan sebanyak 70 peratus. Kerja-kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri itu melibatkan keluasan kira-kira 11.2 hektar. Komander Operasi, Mohd. Faizul Selamat yang juga Ketua Zon I JBPM Johor berkata, pihaknya sedang memadam kawasan yang masih terbakar melibatkan seramai 140 anggota bomba bersama-sama agensi lain. “Kita sudah…










