KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dipercayai lemas apabila bot galah yang dinaiki bersama enam ahli keluarganya terbalik berdekatan Jeti Pasir Linggi, Kampung Pasir Linggi, dekat sini petang semalam. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Che Razak Harun berkata, dalam kejadian pada pukul 5 petang, mangsa Ismaniza Atira Ismail, bersama enam ahli keluarganya terdiri daripada dua dewasa dan lima kanak-kanak menyusuri Sungai Kelantan untuk pulang ke rumah…










