KUALA LUMPUR – Jurusolek amatur dari Sabah, Beverly Muah dinobatkan sebagai pemenang pada majlis penganjuran Malaysia’s Makeup Artist Award 2019 yang berlangsung di Hotel Sunway Putra di sini malam tadi. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pemilik nama sebenar Beverley Adriana Shim itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi. Beverly merupakan antara 40 finalis jurusolek amatur yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pada penganjuran program pencarian pelapis…










