Jerebu: Ribuan tentera padam kebakaran - Utusan Malaysia

Jerebu: Ribuan tentera padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Julai – Indonesia hari ini mengerahkan ribuan anggota tentera dan polis untuk memadamkan kebakaran hutan selepas mengisytiharkan pe­rintah darurat di enam wilayah di kepulauan Sumatera dan wilayah Kalimantan di Borneo.

Menurut Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Agus Wibowo, jumlah titik panas di negara ini meningkat dengan 124 daripadanya disifatkan cukup kuat dan boleh menyebabkan kebakaran di seluruh negara, hari ini.

Katanya, kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah Riau, Sumatera Selatan, Kali­mantan Barat, Jambi, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Te­ngah yang mempunyai tanah gambut dan terdedah kepada kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak berkuasa menge­rahkan seramai 5,679 anggota tambahan ke lima wilayah itu melibatkan kerjasama antara tentera, polis dan agensi mitigasi,” kata Agus sebagaimana lapor Channel News Asia.

Tambah beliau, kerajaan turut mengerah pesawat yang mampu melakukan operasi bom air. Di Riau, pihak berkuasa bencana menyediakan sebanyak 17 helikopter dan 10 lagi dibantu syarikat swasta, tentera dan kementerian perhutanan.

Menurut portal Antara, di Pekanbaru, Riau, beberapa guru dan pelajar sekolah memakai topeng muka di dalam kelas dan dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar kelas akibat jerebu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini