KUALA LUMPUR 2 Ogos – Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kualiti udara yang tidak sihat akibat jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia. Dalam masa sama, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Juliana Jalaludin turut meminta masyarakat mengurangkan aktiviti luar yang boleh meningkatkan risiko penyakit. Walaupun menasihatkan orang ramai untuk tidak berada terlalu lama…










