IPOH 4 Ogos – Sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan susulan nahas jalan raya membabitkan sebuah ambulans yang mengorbankan pemandu dan seorang pesakit di Kilometer 368.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Slim River hari ini. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, jawatankuasa bebas itu akan mengadakan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada kenderaan hospital itu dikendalikan atau diselenggara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) atau sebaliknya. Sehubungan…










