IPOH – Kekecewaan gagal menjulang Piala FA 2019 bukan untuk ditangisi, sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada skuad Perak untuk bangkit semula mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi pada musim 2018. Pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata, kekalahan 0-1 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil 27 Julai lalu akan dijadikan pengajaran berguna kepada pemain bagi memastikan kegagalan tidak berulang. “Memang sukar untuk pemain menerima kekalahan…










