KUALA LUMPUR 5 Ogos – Tindakan dua kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menentang tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dan Jawi dalam buku teks sekolah disifatkan sebagai tindakan biadab, kurang ajar dan mencabar tahap kesabaran orang Melayu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila membaca gesaan dua pertubuhan itu dan beberapa Ahli Dewan Undangan…










