KANGAR 31 Ogos – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail mengingatkan rakyat supaya tidak alpa dengan kemerdekaan yang telah dicapai, terutama dengan musuh yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memporak-perandakan negara. Titah baginda, kebelakangan ini, fitnah dan hasutan adalah kaedah mudah yang digunakan dalam zaman teknologi maklumat ini. Baginda bertidah, mereka yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa mencari peluang memainkan pelbagai isu sensitif yang bersifat keagamaan atau pun perkauman untuk…










