JUARA. Pasukan bola sepak kakitangan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Bahasa Melayu (IPGKBM) menjadi juara Karnival Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (SiPIK) 2019 Peringkat Kebangsaan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pasukan IPGKBM dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan IPGK Tun Hussien Onn Batu Pahat, Johor. Timbalan Pengarah IPGKBM, Dr. Mohd. Isa Azis berkata, kemenangan itu bukti usaha pasukan bermain bersungguh-sungguh sebagai satu unit di samping mengadakan latihan…










