SAN FRANCISCO 30 Ogos – Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dilihat memberikan kesan kepada Huawei Technologies Co, selepas syarikat gergasi itu bakal melancarkan telefon pintar model baharu Mate 30 Pro bulan depan tanpa aplikasi Google. AFP yang memetik jurucakap Google sebagai berkata, firma Google yang berpangkalan di California itu tidak dapat mengeluarkan lesen kepada Huawei ekoran daripada sekatan yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump sebelum ini. Justeru katanya, peranti baharu itu hanya berupaya mengakses operasi android sumber terbuka tanpa aplikasi-aplikasi lain seperti Gmail, YouTube dan Maps.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya