KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis helikopter S61A-4 (Nuri) melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah kira-kira pukul 3 petang tadi. Markas TUDM dalam kenyataan memaklumkan, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu sedang melaksanakan penerbangan dengan membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk misi ulang bekal. “Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat…










