KUALA LUMPUR 31 Ogos – Hazwan Bakri menjadi antara tiga pemain yang digugurkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kelibat Hazwan yang dipanggil menyertai skuad negara sebelum ini turut mendapat pandangan negatif daripada peminat-peminat bola sepak negara dengan menyifatkan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berada dalam prestasi terbaik, selain sekadar memanaskan bangku simpanan dalam saingan liga tempatan.…










