JAKARTA 5 Ogos- Bekalan elektrik di Jakarta dan beberapa bahagian di Pulau Jawa yang terputus semalam, dilaporkan sudah pulih secara berperingkat. Kejadian semalam itu mengakibatkan kira-kira 30 juta penduduk terjejas apabila gangguan bekalan elektrik berlaku, akibat masalah di beberapa loji tenaga. AFP yang memetik kenyataan syarikat bekalan elektrik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) sebagai berkata, bekalan elektrik di beberapa bahagian di Jakarta kembali pulih bermula 11 malam, waktu tempatan, iaitu…










