LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mencipta kejutan apabila mengumumkan Stephanie Frappart sebagai pengadil wanita pertama dalam sejarah untuk mengadili perlawanan berprofil tinggi bola sepak lelaki. Badan induk Eropah itu memberitahu Frappart dilantik untuk mengadili perlawanan Chelsea menentang Liverpool dalam final Piala Super Eropah pada 14 Ogos ini. Pengadil dari Perancis itu sebelum ini mengadili final Piala Dunia Wanita di antara Amerika Syarikat (AS) menentang Belanda pada bulan lalu…










