LONDON – Pemain remaja Liverpool, Harvey Elliott memohon maaf selepas video dirinya mempersendakan Harry Kane tersebar di laman sosial. Video yang diambil semasa final Liga Juara-Juara, Jun lalu menyaksikan Elliott, 16, melakonkan watak penyerang England itu. Elliott menerusi Instagram peribadinya memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya yang tidak peka dan tidak matang. “Saya mahu memohon maaf atas tindakan saya mengenai rakaman video yang sedang tersebar di media sosial ketika ini.…










