Edisi ke 14 UISF lonjak UiTM ke persada antarabangsa - Utusan Malaysia

Edisi ke 14 UISF lonjak UiTM ke persada antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Ogos – Universiti Teknologi Mara (UiTM) International Sport Fiesta atau UiSF yang bermula 30 Julai lalu hingga hujung minggu ini dijangka mampu melonjak nama institut pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan di persada antarabangsa.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari di UiTM Shah Alam menyaksikan penyertaan kira-kira 85O atlet dan pegawai dari 26 buah universiti yang mewakili 10 buah negara.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, selain tuan rumah, UiTM yang mewakili Malaysia, negara lain yang telah menghantar penyertaan pada edisi kali ini adalah Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, China, Australia, Sri Lanka, Nepal dan Pakistan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehadiran beberapa universiti baharu seperti dari China iaitu University of Huaqiao dan universiti dari Australia akan memeriahkan lagi penganjuran ISF untuk edisi ke 14 ini.

“UiSF ini telah bermula pada tahun 2006 dan tahun ini telah memasuki edisi yang ke-14. Menariknya, ia bukan sahaja menjalinkan kerjasama dalam bidang sukan, akan tetapi turut meliputi bidang akademik, “katanya kepada pemberita selepas Majlis selepas Majlis Perasmian UISF di Stadium Hoki UiTM Shah Alam, di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UiTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Nazip Suratman.

Mohd. Azraai berkata, penganjuran UISF adalah juga untuk dijadikan platform melonjakkan nama UiTM dipersada antarabangsa supaya ‘orang luar’ lebih mengenali UiTM selepas ini.

“Sebanyak tujuh acara akan dipertandingkan antaranya Futsal, Badminton, Bola Keranjang, Ragbi 7

sebelah, Tenpin Bowling, Tenis dan Ping Pong, “katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini