ARAU 28 Ogos – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas di Balai Menghadap Biru Istana Arau malam semalam. Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Manuel ditemani isteri beliau, Puan Guadalupe Cernusco Cornejo. Beliau mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis selama dua hari bermula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya