KLANG – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa jenayah pecah rumah sekitar daerah ini sejak bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua lelaki berkenaan berusia 29 dan 35 tahun.
“Suspek pertama dikenali sebagai Sahrul Nizat Azmi, berusia 35 tahun. Alamat terakhirnya di No. 77 Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Manakala suspek kedua pula adalah Muhammad Saidi Hashim dan alamat terakhirnya di Blok E-1-03 Jalan 7/154D off Desa Damai Seri Perindu, Alam Damai Cheras, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shamsul Amar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung saspek tersebut boleh disalurkan terus dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE











