PULAU PINANG 1 Ogos – Operasi memburu dan menangkap pengedar serta penagih dadah yang diperhebat di seluruh negeri ini berjaya menahan dua lelaki yang memiliki sebanyak 116.5 gram dadah dipercayai methapethamine serta 14 biji pil erimin 5. Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan sembilan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah pangsapuri di Relau, tengah malam tadi. Menurut Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan…










