Dua kanak-kanak, remaja parah motosikal dirempuh lori - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak, remaja parah motosikal dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang remaja parah selepas motosikal dinaiki mereka bertiga dirempuh sebuah lori di Jalan Kampung Air Tanai di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, dua kanak-kanak terbabit termasuk yang menunggang motosikal patah kaki kanan dan cedera di muka manakala remaja berusia 15 tahun cedera di pelbagai anggota badan dan paru-paru bocor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis EX5 dinaiki tiga bersahabat dari arah Ayer Paabas ke Paya Datuk itu cuba membuat pusingan U. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki ketiga-tiga mangsa telah membuat pusingan U, menyebabkan sebuah lori dari arah sama gagal mengelak dan merempuh mangsa. 

“Akibat kemalangan itu, penunggang serta dua orang pembonceng mengalami kecederaan parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, pemandu lori yang merupakan seorang warga emas berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini