BUTTERWORTH 30 Ogos – Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori milik syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) di Kilometer 144.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Juru, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 pagi itu , S. Anbalagan, 46, dan anak lelakinya, A. Dineswaran, 24, yang membonceng motosikal itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Menurut Ketua Polis…










