KUALA LUMPUR 30 Ogos – Akibat tidak berpuas hati dengan pembahagian wang penipuan Love Scam, enam warga Nigeria termasuk seorang wanita sanggup menculik rakan senegara di sebuah hotel di Bandar Mahkota Cheras, di sini. Mangsa berusia 32 tahun itu telah menerima wang sebanyak RM206,000 hasil kegiatan Love Scam dan enggan membahagikan wang berkenaan bersama rakan-rakannya yang lain. Kesemua suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa telah bertindak menculiknya di Taman…










