BESUT – Polis memburu seorang individu dikenali sebagai Ana Simon yang dipercayai menyebarkan video tarian separuh bogel yang didakwa berlaku di Pulau Perhentian. Ketua Polis Daerah Besut, Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, wanita itu dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan Majlis Daerah Besut (MDB) yang didakwa tidak meluluskan permohonannya untuk membuka sebuah pusat urut di pusat peranginan tersebut. Wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai menularkan video tersebut menggunakan…










