GEORGE TOWN – Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki yang bergerak bersendirian tumpas selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam dekat sini pada Rabu lalu. Dalam Ops Ice Breaker kira-kira pukul 2.20 petang itu, polis menahan suspek berusia 54 tahun bersama sejumlah dadah bernilai kira-kira RM1.14 juta. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya menemui dadah disyaki heroin dan syabu…










