Buruh warga Indonesia maut ditikam selepas bergaduh - Utusan Malaysia

Buruh warga Indonesia maut ditikam selepas bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang buruh binaan warga Indonesia maut ditikam selepas bergaduh dengan rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Bemban, Kampung Pisang di sini semalam. 

Dalam kejadian antara pukul 11 malam hingga 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan mendapati punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dan rakan sekerjanya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek yang belum dapat dikenal pasti identiti itu telah melarikan diri. 

“Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan tikaman di badan dipercayai penggunaan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Ahmad Adnan, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat. 

“Siasatan awal mendapati rumah kongsi berkenaan didiami kira-kira 50 buruh binaan warga Indonesia namun semua mereka melarikan diri sebaik sahaja polis tiba. 

“Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui senjata yang digunakan dan Unit Anjing Pengesan Polis (K9) telah dipanggil untuk bantuan,” katanya. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-362 9222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini