KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini berikutan minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan di tengah-tengah perkembangan positif ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.36 mata kepada 1,595.18 selepas didagangkan antara paras 1,584.83 dan 1,597.39. Petunjuk pasaran itu dibuka meningkat 3.54 mata kepada 1,593.63. Seorang peniaga berkata, FBM KLCI pulih daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi susulan kenyataan terbaharu China bahawa Beijing dan Washington sedang berbincang dan akan berusaha menyelesaikan pertikaian perdagangan yang telah berlarutan selama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya