SUNGAI PETANI 2 Ogos – Tun Dr Mahathir Mohamad boleh memerintah negara ini sebagai Perdana Menteri untuk tempoh ‘jangka masa panjang’ tetapi perlulah mendapat persetujuan daripada empat pimpinan komponen Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berpendapat, perkara itu tidak menjadi masalah sekiranya keempat-empat parti iaitu PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sebulat suara mengenainya. Beliau walau…










