KESIBUKAN tugas harian sebagai pengerusi koperasi di sebuah pertubuhan bukan kerajaan membuatkan Mohammed Syukri Ismail, 35, tidak ada masa untuk beristirehat. Menyedari hakikat itu, dia mengambil keputusan untuk pergi bercuti ke kawasan yang sunyi dan jauh daripada hiruk-pikuk ibu kota. Tempat yang menjadi pilihan lelaki berasal dari Klang, Selangor itu adalah The Hid3out, Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. Terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, The Hid3out menawarkan…