KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dally mengundang perhatian peminat selepas memuat naik alat penguji kehamilan dalam sebuah video menerusi Instagramnya semalam. Dalam video itu, alat yang dipegang Bella menunjukkan dua garis merah yang menandakan seseorang itu positif hamil. Tindakan pelakon tersebut lantas menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminat yang teruja dengan khabar gembira itu. Peminat menyampaikan ucapan tahniah selain doa dan tidak sabar untuk melihat Bella menimang cahaya mata. Malah ramai rakan artis tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah kepada pelakon itu yang mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Arif Izuddin Mohd.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya