PONTIAN 30 Ogos – Program sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Benut dekat sini istimewa kali ini apabila menampilkan bekas tentera yang pernah cedera ketika berjuang menentang komunis. Menerusi program Bicara Kemerdekaan sempena Bulan Kebangsaan itu, Kpl Ranjer Ab. Halim Md. Hassan yang kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar tampil sekali gus menarik perhatian. Menurutnya, kakinya berkeadaan demikian ketika melawan komunis di kawasan Hutan Kroh, Perak pada tahun 1979.…









