Sepang – Pelakon Azhan Rani menjadikan tema Hari Kebangsaan 2019, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih sebagai inspirasi untuk menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC), Nepal. Azhan, 43, ang popular dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama bersiri Nur bersama-sama 27 pendaki termasuk lima pengamal media akan memulakan misi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 selama 16 hari mulai hari ini sehingga 16 September depan. Mereka menggalas cabaran untuk…









