KALIS kecaman netizen impak melakonkan watak seorang pelacur dalam drama bersiri ‘Nur 2’, Azar Azmi bakal mengundang lebih banyak kebencian dalam kalangan peminat apabila terbaharu, dia terlibat dalam pementasan teater berjudul ‘Pawana Isabella’ menerusi watak antagonis bernama Permaisuri Tishaku. Azar atau nama lengkapnya, Siti Azar Ameerah Azmi yang ditemui Kosmo! pada sidang akhbar teater arahan Erma Fatima itu berkata, dia bersedia untuk menjayakan watak tersebut dan tidak takut dengan risiko…










