PUTRAJAYA 31 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mencemar duli ke Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini adalah kali pertama bagi Seri Paduka sejak baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai lalu. Turut hadir, Perdana Menteri, Tun…










