KETUA jurulatih skuad bawah 15 tahun (B-15) negara, P. Maniam masih mencongak percaturan menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-15 bertemu pasukan tuan rumah, Thailand di Stadium IPE Chonburi petang ini. Menurut Maniam, dia berhajat untuk menurunkan barisan pemain simpanan apabila berdepan Thailand pada petang ini, namun ia bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan tangga ketiga, Australia dan berdepan Brunei sebelum perlawanan melibatkan skuad negara.…










