SHAH ALAM 29 Ogos – Jabatan Kesihatan Selangor menutup tujuh restoran di daerah Gombak kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor serta terdapat infestasi atau kehadiran tikus dan lipas. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata arahan penutupan selama dua minggu itu dibuat mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan dikeluarkan ketika Ops Premis Bersih yang dijalankan di kawasan Selayang dan Kepong pada 22 Ogos lepas. “Dalam operasi itu, sebanyak 127 restoran dan kedai makanan telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, lima premis ditutup kerana terdapat tikus dan lipas dalam premis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya