KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sebanyak 561 individu diberkas dalam Op Ice Breaker yang dijalankan di Sarawak sejak 29 Julai hingga semalam. Portal Utusan Borneo melaporkan, operasi tersebut menyasarkan lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagih dan pengedar dadah di seluruh negeri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, daripada jumlah itu, 532 individu adalah lelaki manakala 29 lagi wanita ditahan atas pelbagai kesalahan di…










