CHENNAI 1 Ogos – Seorang budak lelaki di India menjalani pembedahan membuang lebih 500 batang gigi, baru-baru ini. Mail Online melaporkan, budak lelaki berusia tujuh tahun itu yang dikenali sebagai Ravindranath dikejarkan ke hospital berhampiran rumahnya selepas mengalami bengkak pada rahang mulut. Hasil imbasan mendapati dia mempunyai ratusan batang gigi di bahagian bawah, kanan dan kiri rahang, sekali gus menyebabkan doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi membuang kesemua gigi…