Kota Rom tidak dibina dalam sehari, begitulah juga akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun hari ini. Kedua-duanya bukan lahir dan mencipta kemegahan dalam sekelip mata. Ada keringat dan air mata yang tumpah, ada jerih perih yang tidak pernah sudah. Saya menyertai pasukan editorial terawal Kosmo! pada 1 Julai 2004 sebagai Pengarang Rencana. Ketika itu, Kosmo! dipimpin oleh Hamzah Sidek sebagai pengarang pertamanya. Akhbar baharu ini lahir bersama karakter, pendirian dan…










