Zambry buat kemunculan semula, bantu UMNO Perak - Utusan Malaysia

Zambry buat kemunculan semula, bantu UMNO Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 8 Julai – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat kemunculan semula apabila bertemu rakyat di peringkat akar umbi dalam Program Sepetang Bersama Dr. Zambry di Manong dekat sini hari ini.

Menurut Zambry, kemunculannya bertujuan untuk membantu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menjalankan kerja-kerja parti.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, melalui pengalamannya sebagai bekas Menteri Besar, beliau akan membantu parti melalui program turun padang bertemu rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemunculan saya lebih kepada membantu UMNO bagi memastikan kita dapat membahagikan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengerusi Badan Perhubuhgan UMNO negeri yang memohon saya supaya dapat bersama-sama memainkan peranan.

“Sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO mahu saya turun ke bawah untuk bertemu rakyat selepas ini, InsyAllah saya akan lakukan sama-sama,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman; ADUN Manong, Mohd. Zuraimi Razali, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Dr. Khalil Idham Lim dan wakil dari komponen Barisan Nasional (BN).

Menurut Zambry, beliau hanya akan mengikut daripada belakang dalam program pemimpin UMNO bertemu rakyat.

Menurutnya, ini kerana UMNO Perak mempunyai Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang baharu iaitu Saarani.

“Dalam program parti, saya mengikut dari belakang, saya tak mahu ke hadapan walaupun pernah diminta berbuat demikian.

“Kita perlu beri sokongan kepada beliau (Saarani). Kalau dulu saya jadi pengerusi, sekarang Datuk Saarani, beliau memerlukan sokongan secara berpasukan dan kita tidak boleh membiarkan beliau keseorangan melaksanakan tugas parti,” katanya.

Tambah Zambry, beliau terkejut dengan sambutan rakyat yang hadir pada programnya hari ini yang melebihi jangkaan.

“Saya terkejut, jumlah yang dianggarkan datang 200 orang tetapi yang hadir lebih 300, walaupun hujan bilangannya ramai. Sambutannya sangat menggalakkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini